Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohammad Hasif Matzin, Azmah Haji Ahad
KAZAN, PERSEKUTUAN RUSIA, Rabu, 17 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Gala bagi meraikan kehadiran Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN yang menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia yang dihoskan oleh Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, malam tadi.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Sejurus keberangkatan tiba di Kamal Theatre, Kazan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia. Majlis tersebut dihiburkan dengan beberapa persembahan kebudayaan.
Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN - Rusia ini akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand R. Marcos Jr. dan Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia di mana Sidang Kemuncak akan berlangsung esok dan akan dihadiri oleh para pemimpin ASEAN yang lainnya.